" keldai hanya pandai memikul al-qur'an dan kitab di atas belakangnya tapi sedikitpun tidak mengetahui maknanya dan tidak berminat mengetahui maksudnya.."
Perumpamaan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi tidak beramal dengan ilmu yang dia ada. Mereka diibaratkan seperti keldai yang memikul kitab-kitab tebal tapi langsung tidak mengetahui isi kandungan kitab-kitab tersebut.
Sepertimana yang kita ketahui, dalam ajaran Islam ilmu pengetahuan dan agama tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu.. Islam juga tidak menerima sesuatu ilmu secara membabi buta dalam proses pembelajaran dan menerima ilmu pengetahuan sebaliknya ilmu yang diterima akan melalui saringan dan penapisan yang ketat.
Allah s.w.t sangat murka kepada orang yang hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi tidak melaksanakan apa yang diperkatakan. Firman Allah dalam surah as-Saf:3 yang bermaksud:
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Ketinggalan umat Islam dalam ilmu pengetahuan pada hari ini adalah disebabkan oleh kerana mereka jauh dari al-Qur'an. Ini menyebabkan mereka menjadi beku dan kurang daya kreativiti.
Kesimpulannya, perumpamaan ini perlu di ambil iktibar kepada sesiapa yang mempunyai ilmu supaya mereka tidak tergolong dalam golongan keldai yang hanya menjadi pak turut dalam apa jua hal. Apabila ilmu yang ada diamalkan, ianya akan membuahkan hasil yang baik. Seperti kata pepatah Arab:
" Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tidak berbuah".
No comments:
Post a Comment