"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

Wednesday, September 29, 2010

Aura Seorang Pendakwah..

Sebagaimana yang diketahui seorang pendakwah itu mempunyai auranya yang tersendiri seperti cara mereka menyampaikan dakwah mereka atau cara seseorang pendakwah itu berhujah sama ada ianya memberi kesan atau tidak kepada sasaran dakwahnya.

Aura yang ada pada seseorang pendakwah itu biasanya akan mempengaruhi diri mad'u. oleh itu cara yang terbaik bagi seseorang pendakwah ialah dengan melihat sejauh mana tahap Iman dan Amal dalam diri pendakwah itu sendiri. Adakah kata-kata mereka mampu mempesonakan orang yang mendengar mahupun membuat orang tertarik untuk mendengar apa yang disampaikan oleh seseorang pendakwah itu??atau kata-kata pendakwah itu bosan dan tidak suka didengar??

Sepertimana Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah:44 yang bermaksud:-
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab (Taurat)??Tidakkah kamu mengerti."

Maksudnya disini seseorang pendakwah itu perlu melihat dirinya terlebih dahulu sebelum mengubah orang lain. Jika kita lihat pada hari ni, kebanyakan pendakwah menggunakan semua saluran yang ada untuk menyampaikan dakwah seperti menceburkan diri dalam penulisan elektronik, membuat blog sendiri dan sebagainya bagi membuka minda serta mengubah hati2 mad'u...

Tapi, apa yang penting disini ialah diri pendakwah itu sendiri, adakah dia melihat dirinys sendiri sebelum menulis atau berkata2??
Inilah sebenarnya aura yang perlu ada pada seseorang pendakwah iaitu apa yang dikatakan itulah yang dibuat. contohnya, jika seseorang pendakwah itu dikenali sebagai seseorang yang lalai, dan sebagainya..bagaimana dia nak berdakwah jika diri sendiri pun dia tak dapat nak kawal??

Dalam hal ini Imam al-Ghazali ada menyebut "Orang yang tidak mempunyai NUR (cahaya Iman) bagaimana dia nk menerangi orang yang disekelilingnya??dan bila bayang2 itu akan betul sekiranya kayu itu bengkok???

Allah telah menjanjikan orang yang berilmu pasti akan dibantu oleh Nya..Hatta dia berdakwah kepada orang yang lebih tua dari dia.. Oleh itu, seseorang pendakwah itu perlulah memperbanyakkan amalan daripada berkata2...supaya tidak timbul spekulasi bahawa sesorang itu bercakap tidak serupa bikin....

Sama2lah kita motivasikan diri kita supaya jadi lebih baik dari sebelumnya...:)

Monday, September 27, 2010

Ancaman Yahudi Laknatullah..

Jika kita lihat wanita pada hari ni, kebanyakannya suka menurut trend masa kini...tak salah untuk kita mengikut trend terkini tapi biarlah berpada-pada...jangan sampai kita tertipu dengan agenda kafir laknatullah...

Ramai wanita pada hari ni yang suka memakai pin di belakang tudung sehingga menampakkan bentuk leher mereka. Apa faedahnye wat cmtu ek??kita kena faham bahawa tak salah untuk kita pakai mana2 jenis tudung asalkan tak langgar syariat Islam…

Dalam Islam kita di ajar utk memakai tudung yang menutupi dada, tak jarang, tiada bonggolan. Islam tak melarang kita untuk bergaya dan mengikut trend asalkan tidak melanggar syariat Islam...


Gaya tudung begini sebenarnya sama seperti gaya birawati kristian laknatullah..adakah ini satu kebetulan??inilah matlamat mereka sebenarnya, untuk memperbodohkan umat Islam..jauhilah daripada memakai tudung sebegitu.. Agenda kafir laknatullah sangat halus sehingga kita tidak sedar yang kita sudah terjebak dalam lembah mereka.


Sabda Rasulullah s.a.w: yang bermaksud “Akan datang umatku di akhir zaman terdiri dari kaum yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta, mereka itu dilaknat Allah dan tidak akan masuk ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. Dan sesungguhnya wangian syurga itu didapati jarak perjalanan 50 ribu tahun perjalanan.”

Oleh itu, janganlah kita terlalu leka mengikut trend masa kini sehingga tanpa kita sedar orang yahudi sedang mentertawakan kita...itulah agenda mereka sebenarnya untuk memusnahkan umat Islam. Terlalu banyak cara yang orang yahudi gunakan untuk menyerang kita terutamanya kepada muslimah, seperti melalui pemikiran, budaya dan pemakaian yang mengikut trend terkini....

Sama2la kita renungkan perkara ini..walaupun ianya nampak remeh tapi itulah hakikatnya. Renung2kanlah sejenak..

Saturday, August 21, 2010

Siapa yang Harus Dipersalahkan!!!

Hari ini jika dilihat isu pembuangan bayi semakin berleluasa, seolah-olah ianya menjadi satu keseronokan pula. masa berseronok tak ingat, kehulu kehilir, peluk sana peluk sini..dah membusung mulalah pilih jalan yang paling kejam untuk tutup kesalahan mereka. Mana letaknya nilai kemanusiaan dalam diri mereka!!!

Mengejutkan, sedih, bingung apabila memikirkan kekejaman kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ketika ini. manusia seolah-olah tidak mempunyai perasaan belas kasihan apabila bayi yang masaih kecil dan suci ini dibuang sesuka hati, dibunuh dengan cara yang kejam.. Apakah dosa bayi itu sehingga mereka diperlakukan sebegitu!? Mereka yang sanggup melakukan kerja terkutuk itu tidak layak untuk digelar sebagai manusia kerana mereka lebih teruk daripada haiwan!!

Sekiranya masalah ini tidak dibendung, ianya akan menjadi semakin parah dan tidak mustahil suatu hari nanti kita boleh menemui mayat bayi yang dibuang seperti sampah dimerata-rata tempat. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini???

Peningkatan kes pembuangan bayi pada hari ini menunjukkan masyarakat kini mengalami tekanan hidup dan mereka tidak tahu untuk menanganinya dengan bijak sehingga mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi yang tidak berdosa. Mereka sangka dengan membuang bayi tersebut, mereka dapat menutupi kesalahan yang telah mereka lakukan..tetapi mereka silap kerana langkah yang mereka ambil itu sebenarnya menyebabkan semua orang dapat menghidu perbuatan keji mereka dan hal ini akan membuatkan mereka lebih tertekan.

Selain daripada masalah sosial yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi, institusi keluarga yang semakin lemah akibat kesibukan mengejar kejayaan juga mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya institusi keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik dan membimbing keluarga masing-masing.

Masyarakat seharusnya membantu dan membimbing mereka yang melakukan perbuatan ini agar mereka sedar dan kembali ke jalan yang benar, bukan menyisihkan mereka dan memandang serong kepada mereka. Tanggungjawab bagi membendung gejala pembuangan bayi ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan tetapi seluruh masyarakat harus berganding bahu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Masyarakat perlu mengambil pengajaran daripada kes-kes yang berlaku dengan mengawasi pergaulan anak remaja pada hari ini. Ibu bapa juga harus memberikan didikan agama yang terbaik dan menggunakan pendekatan psikologi yang berkesan dalam mendidik anak-anak dan cuba untuk memahami dan menyelami jiwa mereka.

Ingatlah!!!
Anak-anak adalah harta yang paling berharga di dunia ini dan mereka merupakan amanat daripada Allah kepada kita. Membuang bayi adalah satu dosa besar dan jika kita malu untuk membesarkan bayi yang dikandung luar nikah, banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk membesarkan bayi tersebut selain daripada membuang bayi yang tidak berdosa itu.. Masih ramai lagi orang diluar sana yang bersusah payah berusaha untuk mendapatkan anak. tetapi kita dengan mudah membuangnya.

Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada perbuatan keji ini dan sentiasa dilindungi daripada melakukan perkara terkutuk itu...NAUZUBILLAH......

Friday, August 20, 2010

Adakah Kita Seperti Keldai??

Keldai???apa kaitan antara kita dan keldai??
" keldai hanya pandai memikul al-qur'an dan kitab di atas belakangnya tapi sedikitpun tidak mengetahui maknanya dan tidak berminat mengetahui maksudnya.."

Perumpamaan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi tidak beramal dengan ilmu yang dia ada. Mereka diibaratkan seperti keldai yang memikul kitab-kitab tebal tapi langsung tidak mengetahui isi kandungan kitab-kitab tersebut.
Sepertimana yang kita ketahui, dalam ajaran Islam ilmu pengetahuan dan agama tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu.. Islam juga tidak menerima sesuatu ilmu secara membabi buta dalam proses pembelajaran dan menerima ilmu pengetahuan sebaliknya ilmu yang diterima akan melalui saringan dan penapisan yang ketat.

Allah s.w.t sangat murka kepada orang yang hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi tidak melaksanakan apa yang diperkatakan. Firman Allah dalam surah as-Saf:3 yang bermaksud:
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Ketinggalan umat Islam dalam ilmu pengetahuan pada hari ini adalah disebabkan oleh kerana mereka jauh dari al-Qur'an. Ini menyebabkan mereka menjadi beku dan kurang daya kreativiti.

Kesimpulannya, perumpamaan ini perlu di ambil iktibar kepada sesiapa yang mempunyai ilmu supaya mereka tidak tergolong dalam golongan keldai yang hanya menjadi pak turut dalam apa jua hal. Apabila ilmu yang ada diamalkan, ianya akan membuahkan hasil yang baik. Seperti kata pepatah Arab:
" Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tidak berbuah".